Saturday, December 10, 2005

Pengembaraan ke Eropah Barat... (episod 03)

Tidak ada kata yang dapat ku lafazkan selain syukur ku pada Allah. Di saat-saat hati ku bedebar-debar dan tertekan, dengan sekelip mata Allah mengubah menjadi sebaliknya. Aku terus berjalan menuju ke perhentian bas sambil tersenyum. Jika ada yang melihat kerenah ku ketika itu, sudah pasti mereka akan tertanya-tanya.

Setelah sampai di rumah aku terus mengkhabarkan berita gembira ini kepada Razizi. Dia adalah sahabt baik ku yang selalu membantu ku dalam pelajaran.Kejayaan ku adalah kejayaannya jua.Aku lihat raut mukanya gembira seperti dia turut lulus dalam peperiksaan tersebut. Nielah sahabat sejati yang sukar di cari.

Fikri juga mengucapkan tahniah kepadaku.Pada keesok harinya kami ke Stesen Keretapi Rabat Ville,untuk membeli tiket Interrail bagi perjalanan selama sebulan. Interrail mula diwujudkan pada tahun 1972 bagi menyambut sambutan ke-50 anniversary of the International Railway Union. Ia memberi peluang kepada semua warganegara eropah dan kesatuannya,Morocco dan Turki untuk menggunakan perkhidmatan tiket murah ini. Bagi rakyat asing yang mempunyai visa untuk tinggal di mana-mana negara tersebut yang melebihi 6 bulan dan telah tinggal di negara tersebut selama 6 bulan berhak untuk membeli tiket ini.(http://www.interrail.net/web/index2.php4?language=en)

Harga tiket kami berjumlah Euro420, bersamaan RM1932. Tiket ku bertarikh 23/7/2005. Ini bermakna kami ader 1 hari 1 malam untuk bertolak. Sebelum ini kami telah menjadi ahli Youth Hostel. Ini amat penting untuk mendapatkan potongan harga bagi menginap di youth hostel di sepanjang perjalanan kami. Pada petang itu aku telah pergi ke pasaraya untuk membeli roti pek kecil yang boleh tahan selama 2 bulan. Aku membeli hampir 50 bungkus. Selain itu aku juga telah membeli 3 batang Kashir, iaitu sejenis makanan yang diperbuat dari daging ayam yang berbentuk seperti sosej gergasi yang seberat 500g setiap satu. Kerana pengalama kawan-kawan ku mengatakan mereka jemu dan muak makan kashir dengan roti setiap hari, aku telah membeli sardin, tomato sos dan mayonis bagi memperbagaikan makanan supaya tidak jemu.

Kamai masih kekurangan satu perkara iaitu tilam serbaguna. Sudah puas ku mencarinya tetapi tidak ku temui. Sebagai ganti Fikri telah membeli tikar daun untuk dijadikan tempat alas sementara. Sebelum pergi seperti biasa aku akan membuat sedikit jamuan kepada kawan-kawan arab dan rumah ku. Mereka akan menghantar ku ke Stesen Keretapi Rabat Agdal. Pada petang itu aku telah membuat buger bagi menjamu mereka. Disebabkan daging buger amat mahal aku telah membeli daging kisar untuk membuat daging buger sendiri. Walaupun ini adalah kali pertama ku membuat daging buger, alhamdulillah... ianya menjadi.

Pada petang itu aku berada dalam situasi yang amat kalut kerana masih lagi tidak dapat menyusun beg ku secara teratur. Ini adalah kali ke tiga aku menyusunnya. Aku terpaksa meletakkan pekara yang perlu di atas dan yang kurang perlu du bawah. Penyusunan beg amat penting agar kita tidak mengalami kesukaran mencari barang semasa perjalanan. Beg yang dibawa tidak boleh melebihi dari 4. Beg galas kecil di hadapan, backpack di belakang, beg duit berikat pada badan dan beg pinggang. Selain backpack yang bagus, beg galas depan juga amat penting. Ini kerana beg ini akan digunakan untuk berjalan mengelilingi kawasan yang dilawati,bagi menggantikan backpack yang di simpan di locker penyimpan barang umum atau di youth hostel.

bersambung...

No comments: