Sunday, February 26, 2006

Pengembaraan ke Eropah Barat (episod 5)

Pada petang itu aku dan Fikri sudah sedia untuk bertolak. Beg berulang kali ku pelbetulkan,dokumen-dokumen juga berulangkali ku lihat agar tidak ader yang tertinggal. Untuk berpatah balik mengambil amatlah sukar dan merugikan. Setiap detik dan waktu amat beharga bagi kami.Masa dan ketepatan waktu amat penting bagi seorang pengembara.

Kami telah membuat plan yang agak terancam dari awal perjalanan kami. Kami memilih untuk bertolak pada waktu petang ke Kanitra kerana ingin memenuhi hasrat kawan-kawan kami yang ingin menghantar kami ke stesen keretapi di sana. Sudah menjadi adat kami begitu bagi memberi semangat pada kawan-kawan untuk meneruskan perjalanan.

Kami bertolak dari Rabat agak lewat petang itu kerana Adil tidak datang seperti yang dijanjikan. Kami terpaksa menaiki teksi ke Stesen Keretapi Agdal. Sebelum melangkah keluar dari pintu rumah aku sempat bersalaman dan bermaafan dengan kawan-kawan yang ada di rumah. Tak lupa juga buat Kak Aishah serta anak-anak yang akan bertolak ke Rotterdam bersama suami tercinta Us. Abdul Aziz.

Kami juga diberi alamat dan no telefon mereka di sana. Mereka akan menetap di rumah pakcik kepada Us. Abdul Aziz. Aku beharap dapat berjumpa dengan mereka di sana nanti. Bukan apa, jika ada aper-aper berlaku, ader juga tempat nak minta pertolongan.

Setelah sampai di Stesen Keretapi Rabat Agdal, aku disambut oleh kawan-kawan Arab yang telah sampai lebih awal dari kami. Mereka sanggup berjalan hampir 10km dari rumah mereka untuk menghantar ku. Sambil menunggu ketibaan keretapi ke Kanitra aku begambar dan bersalaman dengan mereka.

Di Kanitra kami sempat makan malam bersama kawan-kawan dan aku dapat rasakan hidangan masakan Melayu malam ini, antara hidangan yang terakhir pada bulan ini dan berpuluh hari lagi baru aku dapat menikmatinya.Yang pasti di Sweden kata Fikri kita akan makan sedap.

Pada malam itu hampir semua kawan-kawan hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada kami. Kami terpaksa menunggu hampir satu jam kerana kelewatan keretapi. Kami habiskan masa dengan bergambar dan bersembang. Suasana sunyi di stesen keretapi itu di ceriakan dengan suara dan kehadiran kami.

tepat jam 1.30 pagi kami menaiki keretapi dari Kanitra ke Tanjer. Kami hanya membayar separuh harga ke sana. Kami sampai di sana Pada jam 5 pagi. Kami terus bertolak ke port untuk menaiki Feri ke Ageciras. Kami menaiki Feri Express yang beharga DH600. tidak ader potongan harga untuk pemegang interrail pass.

Kami memilih Feri ini kerana perjalanan menaikinya hanya dua jam, berbanding feri biasa yang memakan masa hampir 4 jam. Kami perlu sampai awal agar dapat sampai di Madrid pada sebelah petang.

bersambung...