Saturday, November 26, 2005

Pengembaraan ke Eropah Barat... (episod 02)

Bip..bip.. jam loceng talefon berbunyi. Pukul 3.50 pagi. Subuh sudah masuk hampir 20 minit. Aku terus mengemas katil ku dan bersiap-siap untuk menunaikan solat Subuh. Setelah sesesai solat aku terus ke meja untuk mengulang kembali apa yang ku baca semalam. "Insyaallah boleh." kata ku sambil menguatkan keyakinan diri. Baru ku sedar Fikri tiada di bilik. Sudah pasti sedang mengadap computer. Biasalah cari kawan di internet. Dengan harapan boleh menumpang semasa di Eropah nanti.

Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Matahari sudah mula terbit dan bilik ku mula dibasahi cahaya. Ku melangkah ke jendela yang mengadap Laut Atlantik. Laut yang memisahkan aku dengan Benua Amarika. Dari jendela aku boleh lihat dengan jelas kapal-kapal kecil bergerak dari pesisiran pantai ke tengah lautan. Burung-burung liar terbang terapung-apung di udara. Kurasakan pagi ini amat indah dan tenang walaupun hati ku gundah-gelana,risau memikirkan soalan yang bakal ku ambil.

Peperiksaan akan bermula jam 8.30 pagi. Tepat jam 7.30 aku keluar dari rumah. "Bismillah hi tawakkal tu ala Allah, La haulawala ku wata illah billah." aku berdoa sambil melangkah kaki menyusuri tangga keluar dari rumah. Setibanya di kuliah aku terus ke dewan peperiksaan. Aku mencari tempat duduk di hadapan. Pelajar mula masuk dan pengawas peperiksaan mula mengagihkan kertas soalan. Aku berdoa agar soalan yang bakal diedarkan kena dengan apa yang telah ku baca semalam. Pengawas mengarahkan kami membuka kertas soalan dan menjawabnya. Alhamdulillah tepat jangkaan ku kali ini. Apa yang ku baca keluar semuanya.

Hampir dua jam aku menulis dan memerah otak untuk mengigat kembali apa yang telah kubaca. Setelah berpuas hati dengan jawapan ku, aku terus ke hadapan menghantarnya kepada pengawas peperiksaan. Dia bertanya ku dalam bahasa arab "kaifa imtihan?" (macam mana dengan peperiksaan?) "Suaya" (sikit-sikit), kata ku sambil tersenyum. "Ma sala ma." (selamat tinggal). Aku terus pulang keriangan kerana aku sudah bebas dari peperiksaan.

Pejam celik, pejam celik dua minggu telah berlalu. Aku mendapat khabar dari kawan ku, Ait Azrail yang menyatakan esok keputusan akan keluar, katanya semalam melalui sms. Pada keesokan harinya aku menemani Fikri ke Kedutaan Finland bagi menyerahkan passport untuk di tampal visa. Tak ramai orang di kedutaan Finland pagi ini. Ianya amat berbeza dengan kedutaan Spanyol. Kalau hendak memohon visa, jam 6 pagi orang ramai sudah mula beratur dihadapan pintu kedutaan, walaupun waktu berurusan jam 9 pagi.

Permohonan Fikri tidaklah sesusah permohonan kali pertama, kerana ini adalah kali ke dua dia memeohon visa ke Finland. Abangnya Dinar telah memberi surat jaminan beserta surat akuan wang simpanannya di Finland. Untuk mendapatkan visa tersebut, Fikri telah menghabiskan wang sebanyak DH1000 (usd 90) dia juga telah menghabiskan masa hampir satu minggu untuk mendapatkan visa. Setahu ku sebagai rakyat Malaysia, kita boleh masuk di mana-mana tempat di Eropah barat, kecuali Portugal. Manakala eropah timur adalah Bulgaria.

Setelah selesai mendapatkan visa,aku terpaksa berpisah dengan Fikri, katanya hendak berjumpa dengan kawanya. Aku terus ke kuliah untuk melihat keputusan ku. Aku telah tiba agak lewat. Keadaan di kuliah lengang. Bedebar-debarlah juga semasa mencari nama ku di papan keputusan. Akhirnya kutemui jua... Alhamdulillah aku lulus semua...

bersambung....

Thursday, November 17, 2005

Pengembaraan ke Eropah Barat... (episod 01)

Summer time... riuh rendah dewan kuliah kedengaran, pekikan anak muda yang menanti kehadiran musim panas yang amat dinanti-nantikan. Aku masih dalam ketegangan, peperiksaan ku masih belum habis, Fikri sudah hampir dua minggu membuat persiapan. Persiapan visa,peralatan perjalanan,insuran,pengesahan diri sebagai pelajar, duit , dan lain-lain.

Persiapan aku ke eropah memakan masa selama 3 tahun. Tiga tahun memang lama... Persipan selama tiga tahun berupa persiapan peralatan pengembaraan dan kewangan. Perkara pertama yang aku buat adalah membeli beg kembara. Buat kali pertamanya aku membelinya di Egypt. Beg yang aku beli itu agak tidak sesui kerana fabriknya yang tak tahan basah dan tidak tahan lasak. Kali ke duanya aku telah membeli beg deuter. Beg ini bernilai RM500, tetapi dengan mutu dan kekuatannya aku tidak merasakan itu adalah satu kerugian.

Untuk menjadi backpacker,perlulah mengetahui cara pengembaraan backpacker. Backpacker bukanlah satu cara yang termudah untuk megembara. Ia memerlukan seseorang pegembara itu melakukan persiapan mental,fizikal,metarial, dan peralatan.
Pemilihan beg amatlah penting ini kerana beg adalah perkara asas yang diperlukan. Beg perlulah mempunyai tulang belakang bagi mengelakkan kecederaan pada tulang belakang, kesakitan pada bahu dan keselesaan menggalas dalam tempoh masa yang lama. Selain itu beg hendaklah ringan dan boleh menampung berat sekurang-kurangnya seberat 40 kg. Beg yang dibeli hendklah mempunyai dua bahagian berasingan untuk mengisi barang dan yang paling penting beg tersebut kukuh.

Mengenai peralatan lain, adalah sleeping bag, pisau gajet, pelapik tempat tidur, khemah dan alatan memasak jika memerlukan. Plastik bag juga amat penting bagi mengisi barang-barang yang basah.

Aku juga pernah teringat kata seorang kawan ku yang kini berada di Balgium. " Backpacker bukanlah seorang yang merempat dan pengotor, malah backpacker terdiri dari golongan yang berada serta terpelajar."

Aku keluar dari class dan terus melangkah ke luar bagunan kuliah. "Wah panas sungguh cuaca hari ini," kata ku.Apalagi, cepat-cepat aku balik ke rumah.Di rumah, aku melihat Fikri sedang membaca wiridnya " majmuk Syarif ". Satu koleksi wirid dan doa yang begitu popular di Alam Nusantara.

Aku masih teringat kata-kata ayah ku, supaya aku mengamalkan tarikat Tijani. "Biarlah dahulu" kata hatiku. Bukannya haram meninggalkannya. Tapi kalau di fikirkan, memang baik bertarikat. Ini kerana tampa tarikat boleh atau tidak kita beterusan berzikir pada Allah sebanyak yang di tuntut oleh tarikat tersebut? Biarlah orang kata tarikat tu bidaah atau tak warid dari nabi, yang penting kita berzikir.

Sedang aku melayan fikiran ku, aku di kejutkan oleh Fikri dengan pertanyaan yang sama." Bila nak habis periksa nie?, kita dah lewat dah nie." "Ala Fik, aku pun bukan tak nak pergi cepat tapi kau fahamlah periksa aku belum habis.

Aku terpaksa mengulangkaji matapelajaran Tarikh kerana keesokannya ada periksa. "Panjangnya." kata ku dalam hati. Nie dah kertas terakhir. kena buat betul-betul supaya tak sangkut. Kalau sangkut pasti tertunda lagi perjalanan kami.

bersambung.....