Tuesday, December 27, 2005

Tetamu ilahi...

Bebunga mekar seindah pelangi,
Bauan harum semekar kasturi,
Kicaun burung mengalun alunan hati,
Terpesona seketika bila ku tatapi.

Puas sudah ku pujuk jasad ku ini,
Agar terus meniti hari,
Tampa menoleh hasrat di hati,
Ku cuba jua melangkah sendiri.

Nyata hasrat ku, tak sanggup ku lalui,
Terpesona dengan akhlak ciptaan ilahi,
Tak terjumpa jika ku biarkan ianya pergi,
Sabda nabi ku pegang dan ku amati...

Nyata hadir mengembirakan ku, tak terperi,
Hasrat di semat biarpun belum di patri,
Ku berusaha kerana mu ya ilahi,
Semoga impian menjadi realiti.

Janji dan nazarku tetap diingati,
Berpegang kukuh tertulis di sanubari,
Menanti masa dan hari,
Bersama menjadi tetamu ilahi.

Rabat

Wednesday, December 21, 2005

Sisa azimat...

Hujan yang turun tak selebat tagisan hati ku,
dentuman guruh tak sehebat dentuman hati ku,
kilauan kilat tak sehebat kilauan mata ku,
Berkaca dan terus berkaca.

Walau tidak setitis air mata jatuh ke bumi,
tidak ada perubahan di raut muka ku,
hati dan dada terus sebak,
merasa diri tak bernyawa.

semalam kuraskan bagai lahir semula,
Baru semalaman kurasakan nikmat dunia,
tapi... semalaman jua mengubah dunia,
Dari cahaya ke alam gelita.

Biarpun secerbis yang ku terima,
Biarpun sisa yang dihadiahkan,
Aku tetap menerimanya...
Lebih baik dari tidak mendapat apa-apa.

Dengan sisa aku cuba bangun,
cuba hargai dan ku tatang...
umpama menatang minyak yang penuh,
Agar semangat kekal takkan berubah.

Bukan hari ini atau esok,
Bukan lusa atau tulat,
tetapi sejauh mana ku mampu...
ku akan bertahan memegangnya.

Dengan usaha dan semangat,
Berbekal hati tulus ikhlas,
Nawaitu jitu terus mengharap,
menunggu nazar bakal ku laksana.

Thursday, December 15, 2005

kejayaan...

bukan mencari mendung di pinggiran,
tidak ku terjumpa kejayaan tanpa dugaan,
sejenak mencari dalam kesulitan,
bertahun-tahun teguh tanpa halangan.

bukan senang mencari jalan,
jalan berliku berlipat-lipatan,
hati ku kecil diremuk-remukkan,
roh ku tetap mara ke hadapan.

ku tahu kau, bermati-matian,
menitis air mata, kepanasan,
menanti satu keajaiban,
tanpa usaha ia takkan kesampaian.

salji turun meredakan keadaan,
keriangan kembali disebalik keresahan,
jangan terlupa keresahan dan kepahitan,
ia takkan berundur menunggu kejayaan.

sakit sebentar senang kemudian,
risau sebentar takkan beterusan,
usaha jitu sejenak kena teruskan,
kejayaan terpahat akan berkekalan.

Sunday, December 11, 2005

kesyukuran

Kadang-kadang kita tak memahami siaperkah diri kita,
Walaupun kita tahu asal kita dari Adam,
Biarpun kadang-kadang kita tertanya-tanya,
Adakah kita besyukur dengan apa yang ada pada diri kita?

Kejadian lagit dan bumi menjadikan kita berfikir,
siaparkah pencitanya?
Fitrah manusia terus hadir walaupun cuba di tipu.
Wujudnya tuhan tak boleh lagi di tolak.

Setelah kau di lahirkan,pertama sekali yang kau dengar,
Allah hu akbar. bisikan ini di ucapkan utuk mengigatkan kau perjanjian itu.
Perjanjian sebelum kau dilahirkan.
Semoga aku tidak melangari perjanjian tersebut...

Biar siapa pun aku, aku akan bersyukur...
Biar Siang kekal selamnya aku takkan berubah...
Walaupun kadang-kadang merasakan masih tak mencukupi dengan aper yang ader.
tapi ku berdoa semoga aku akan terus bersyukur...

Saturday, December 10, 2005

Pengembaraan ke Eropah Barat... (episod 03)

Tidak ada kata yang dapat ku lafazkan selain syukur ku pada Allah. Di saat-saat hati ku bedebar-debar dan tertekan, dengan sekelip mata Allah mengubah menjadi sebaliknya. Aku terus berjalan menuju ke perhentian bas sambil tersenyum. Jika ada yang melihat kerenah ku ketika itu, sudah pasti mereka akan tertanya-tanya.

Setelah sampai di rumah aku terus mengkhabarkan berita gembira ini kepada Razizi. Dia adalah sahabt baik ku yang selalu membantu ku dalam pelajaran.Kejayaan ku adalah kejayaannya jua.Aku lihat raut mukanya gembira seperti dia turut lulus dalam peperiksaan tersebut. Nielah sahabat sejati yang sukar di cari.

Fikri juga mengucapkan tahniah kepadaku.Pada keesok harinya kami ke Stesen Keretapi Rabat Ville,untuk membeli tiket Interrail bagi perjalanan selama sebulan. Interrail mula diwujudkan pada tahun 1972 bagi menyambut sambutan ke-50 anniversary of the International Railway Union. Ia memberi peluang kepada semua warganegara eropah dan kesatuannya,Morocco dan Turki untuk menggunakan perkhidmatan tiket murah ini. Bagi rakyat asing yang mempunyai visa untuk tinggal di mana-mana negara tersebut yang melebihi 6 bulan dan telah tinggal di negara tersebut selama 6 bulan berhak untuk membeli tiket ini.(http://www.interrail.net/web/index2.php4?language=en)

Harga tiket kami berjumlah Euro420, bersamaan RM1932. Tiket ku bertarikh 23/7/2005. Ini bermakna kami ader 1 hari 1 malam untuk bertolak. Sebelum ini kami telah menjadi ahli Youth Hostel. Ini amat penting untuk mendapatkan potongan harga bagi menginap di youth hostel di sepanjang perjalanan kami. Pada petang itu aku telah pergi ke pasaraya untuk membeli roti pek kecil yang boleh tahan selama 2 bulan. Aku membeli hampir 50 bungkus. Selain itu aku juga telah membeli 3 batang Kashir, iaitu sejenis makanan yang diperbuat dari daging ayam yang berbentuk seperti sosej gergasi yang seberat 500g setiap satu. Kerana pengalama kawan-kawan ku mengatakan mereka jemu dan muak makan kashir dengan roti setiap hari, aku telah membeli sardin, tomato sos dan mayonis bagi memperbagaikan makanan supaya tidak jemu.

Kamai masih kekurangan satu perkara iaitu tilam serbaguna. Sudah puas ku mencarinya tetapi tidak ku temui. Sebagai ganti Fikri telah membeli tikar daun untuk dijadikan tempat alas sementara. Sebelum pergi seperti biasa aku akan membuat sedikit jamuan kepada kawan-kawan arab dan rumah ku. Mereka akan menghantar ku ke Stesen Keretapi Rabat Agdal. Pada petang itu aku telah membuat buger bagi menjamu mereka. Disebabkan daging buger amat mahal aku telah membeli daging kisar untuk membuat daging buger sendiri. Walaupun ini adalah kali pertama ku membuat daging buger, alhamdulillah... ianya menjadi.

Pada petang itu aku berada dalam situasi yang amat kalut kerana masih lagi tidak dapat menyusun beg ku secara teratur. Ini adalah kali ke tiga aku menyusunnya. Aku terpaksa meletakkan pekara yang perlu di atas dan yang kurang perlu du bawah. Penyusunan beg amat penting agar kita tidak mengalami kesukaran mencari barang semasa perjalanan. Beg yang dibawa tidak boleh melebihi dari 4. Beg galas kecil di hadapan, backpack di belakang, beg duit berikat pada badan dan beg pinggang. Selain backpack yang bagus, beg galas depan juga amat penting. Ini kerana beg ini akan digunakan untuk berjalan mengelilingi kawasan yang dilawati,bagi menggantikan backpack yang di simpan di locker penyimpan barang umum atau di youth hostel.

bersambung...