Wednesday, June 28, 2006

Perjalanan ke Eropah Barat (episod 7)

Letih amat sangat ku rasakan. Biasalah tidur di siang hari tidak sama dengan tidur dimalam hari. Aku hanya sedar apabila keretapi berhenti.Dimana? Aku pun tak pasti. Yang pasti aku belum sampai ke destinasi ku.Tidur itu segala-galanya bagi ku pada masa itu.

Jam di tangan menunjukkan pukul 9.10 malam.Matahari mula menghilangkan diri di sebalik awan. Suasana seperti jam 6.30 petang di Semenanjung malaysia. Musim panas siangnya lebih lama dari malam. Aku melihat waktu sampai di tiket 9.30 petang. maknanya kami sampai awal dari waktu yang dijangkakan.

Setelah keretapi berhenti kami terus menuju ke metro. Kami hanya mengikut kawan baru kami. Katanya di Bilbo ada youth hostel yang bagus.Dia pernah menginap di situ sebelum dia pergi ke Morocco. Setelah sampai di stesen Bilbo kami turun. Suasana stesen metro bawah tanah di Madrid amat berbeza dengan stesen metro di malaysia. Stesen di sini bertingkat-tingkat dan terletak jauh di perut bumi. Jika anda tidak biasa pasti anda akan sesat.

Perjalanan kami dari stesen metro Bilbo ke youth hostel memakan masa 15 minit. Kami dikenakan Euro 7.80 untuk katil dan sarapan pagi. Setelah siap menyimpan barang-barang di bilik, kami bersiap sedia untuk keluar ke kawasan Gran Via. kami keluar sambil menikmati suasana malam di Gran Via. Kami mengambil masa selam 2 jam berjalan-jalan sambil membeli barangan keperluan. Kawan kami Marius singgar ke Mc Donald untuk makan malam. Kami tidak turut makan bersama, ini kerana kami sudah membeli roti.

Kami hanya menunggu di sisi meja makan sambil memebelek satu persatu mukasurat buku Lonly Planet, sambil merancang perjalanan yang bakal kami tempuhi.Esok Kota Madrid bakal kami jajah sehebat Colombus menjajah dan memebuka jalan baru mencari tanjung harapan.Walaupun perjalanan kami baru bermula,hati dan perasaan sedikitpun tidak gentar meredah bumi orang. Bumi penjajah yang pernah menjajah banyak negara. Spanyol terkenal dengan kekejaman dan kehebatan tenteranya satu ketika dahulu...

Bersambung....