Friday, March 10, 2006

Perjalana ke Eropah Barat (episod 6)

Dalam sibuk mencari feri yang bakal kami naiki, kami telah berjumpa dengan seorang pemuda eropah. Kami mula berkenalan antara satu sama lain.Katanya dia dari German. Dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan serba sedikit bahasa Perancis. Kami menaiki feri yang sama. Katanya dia dalam perjalanan pulang ke German. Dia cuma memasuki Morocco selama dua hari ini kerana dia tidak memiliki passport. Mengikut undang-undang Morocco warganegara Eropah yang tidak memiliki passport boleh masuk ke Morocco tidak lebih dari 3 hari.

Setelah memasuki Feri kami mencari tempat duduk. Feri agak lengang kerana ramai pengguna menaiki feri biasa yang harga tiketnya separuh lebih murah dari feri ini. Aku sempat menghantar sms kepada kawan-kawan dan juga pegawai kedutaan yang telah banyak membantu urusan sebelum pemergian ku. Semoga perjalanan ku kali ini diberkati Allah. Feri mula bergerak meninggalkan Benua Africa. Cuaca pada pagi ini cerah dan ceria. Ombak beralun-alun seolah-olah melambai pemergian kami.

Setelah dua jam bersembang sambil melabuhkan badan di kerusi empuk, sedar tak sedar kami telah sampai. Kami mula melalui lorong khas untuk sampai ke kawasan kastam. Sambil berjalan aku mengeluarkan passport ku yang tersimpan baik di dada. Wah ramainya orang bertur. Kami terpaksa beratur melalui pintu masuk yang di sediakan. Bagi pemilik passport Eropah dan Amarica mereka mempunyai laluan khas.

Kawan baru kami Marius, terpaksa menunggu hampir 10 minit di hadapan. Setelah selesai melalui imigrasen kami terus bergegas ke stesen keretapi. Kami hanya berjalan kaki ke sana. Suasana agak sunyi dan panas. Perjanlan dari Pelabuhan ke Stesen keretapi mengambil masa 30 minit. Dalam perjalanan kami ditegur oleh seorang lelaki eropah. Dia memohon simpati kami untuk mendapatkan wang. Katanya dia dan adiknya dalam keadaan terdesak memerlukan wang untuk pulang.

Dia menunjukkan passportnya yang berasal dari Bulgaria. Kami tak dapat membantu ini kerana kewangan kami agak terhad. Kata Marius,kadang-kadang mereka menipu untuk mendapatkan wang. Pelbagai helah mereka gunakan. Mereka datang dari Eropah Timur untuk bekerja. Mungkin benar juga kata Marius. Dia lebih memahami orang-orang benuanya.

Sampai sahaja di stesen keretapi kami terus membeli tiket perjalanan ke Madrid. Marius telah membayar dengan wangnya terdahulu untuk pembelian reservations seats. Kami hanya membayar Euro 6 seorang. Wah murahnya... jika tanpa interrail perjalanan ini menelan belanja Euro 60 paling kurang. Keretapi bila-bila masa akan bertolak. Kami berlari ke gerabak yang ditetapkan. Kali ini kami naik keretapi laju. Inilah keretapi muncung itik Spain yang dikatakan oleh kawan-kawan semasa di Morocco. Bentuknya macam kepala donalduck.

Kami terus masuk dan mencari tempat duduk kami. Aku duduk di sebelah Marius mana kala Fikri duduk disebelah warga Spain yang baru bergaduh dengan pegawai di landasan sebentar tadi. Perangai orang Spain tak jauh berbeza dengan orang Arab Morocco. Yang membezakan mereka adalah disiplin dan lebih bersih. Muka pun tidak jauh berbeza. Dalam perjalanan aku cuma tidur dan bersembang dengan Marius. Manakala Fikri pada permulaan bersembang dengan lelaki Spain tersebut. Katanya tiket yang di belinya ader masalah dan dia terpaksa membeli tiket baru.

Sepanjang perjalanan aku dapat melihat bumi Andalus yang pernah menjadi jajahan Orang-orang Islam. Tanah dan muka buminya tidak jauh berbeza dengan Morocco. Gersang dan nampak kontang. Bukit-bukit diselimuti rumput-rumput yang kian melayu dan mati. Warna kekuningan emas dan coklat seluas mata memandang. Sekali sekala ternampak tompokan hitam bekas kebakaran. Spain bagi ku lebih panas dari bumi Morocco.Beginilah rupa bumi negara 4 musim. Apabila musim panas semua rumput akan layu seakan-akan mati.

Kami di beri oleh pekerja biskut dan headphone untuk menikmati hiburan didalam keretapi laju ini. Layanan yang diberi seakan-akan aku berada di dalam kapal terbang pula. Yang membezakannya adalah tidak ada hidangan makanan disediakan. Walaubagaimanapun aku berpuas hati dengan layanan mereka dengan harga yang ku bayar. Aku tidak menonton filem yang ditayang kerana ianya di alih bahasa ke bahasa Spain. Aku lebih banyak tidur ini kerana malam tadi aku tidak tidur di dalam train dari Kanitra ke Tanjer.

Bersambung...

2 comments:

Best Way Of Life said...

word bekas jajahan islam tu sepatutnya di tulis bumi yang pernah di sinari Islam. Islam tidak menjajah tetapi menyebarkan dakwah.

fattnieniey said...

indahnya Spain.
hope to go there 1 day.
keep on posting!