Sunday, January 08, 2006

Pengembaraan ke Eropah Barat... (episod 04)

Setelah selesai bersiap-siap aku menanti kehadiran kawan-kawan ku. Aku terpaksa berbincang dengan Mohd Zaki Hamdan yang datang dari Kanitra tentang laporan Biro Ekonomi bagi sesi 2004-2005. Aku tidak dapat hadir pada hari muktamar yang bakal di jalankan dan aku hanya dapat mewakilkan dia selaku timbalan setiausaha biro. Perbincangan kami tidak seperti yang diharapkan ini kerana aku amat sibuk dengan kerja-kerja persiapan ku.

Tepat jam 6 petang kawan-kawan arab ku sampai dan kami berbual-bual sambil aku memohon bantuan mereka untuk menguruskan urusan pendaftaran kuliah ku untuk sem baru. Aku telah memberi segala maklumat yang di kehendaki pada mereka. Setelah puas bersembang, mereka dengan suka cita ingin meghantar ku ke Stesen keretapi Rabat Agdal jam 7.00 petang. Kadang-kadang aku merasa bangga sebab mereka cukup ambil berat dan prihatin tentang ku.

Aku telah berjanji dengan Adil untuk menyediakan buger untuk dia kerana dia telah menumpangkan aku ke Marjan untuk membeli barang-barang keperluan dan juga bahan-bahan untuk membuat buger.Fikri dan Adil sampai 20 minit setelah kedatangan kawan-kawan ku. Mereka berkenalan sambil menimati buger yang ku hidangkan, Petang itu bagi ku amat meriah kerana rumah ku dpenuhi kawan-kawan ku.

Pada malam itu aku sekali lagi membuat catatan dan membaca senarai barang yang ku bawa agar aku tidak tertinggal barang dan dokumen penting.Setelah puas hati dengan persiapan ku aku melelapkan mata ku yang amat berat kurasakan setelah keluar pada hari tersebut. Pada keesokannya aku cuba memasukkan makanan-makanan ke dalam beg ku. Beg ku sudah sarat dengan barangan. Kalau di timbang beg ku seberat 35 Kg.Untuk perjalanan jauh beg seberat ini amatlah membebankan.

Pada hari ini adlah hari terakhir aku di Morocco. Kalau sebelum nie hanya mendengar cerita kawan-kawan ku menjelajah benua Eropah kini sudah tiba aku sendiri pergi mencari kebenaran.Adakah Eropah semaju yang ku bayangkan? Hebatkah mereka sehingga dikatakan antara kuasa dunia selain Amarika?. Semuanya akan tejawab setelah aku menjejakinya.

bersambung.....

Tuesday, December 27, 2005

Tetamu ilahi...

Bebunga mekar seindah pelangi,
Bauan harum semekar kasturi,
Kicaun burung mengalun alunan hati,
Terpesona seketika bila ku tatapi.

Puas sudah ku pujuk jasad ku ini,
Agar terus meniti hari,
Tampa menoleh hasrat di hati,
Ku cuba jua melangkah sendiri.

Nyata hasrat ku, tak sanggup ku lalui,
Terpesona dengan akhlak ciptaan ilahi,
Tak terjumpa jika ku biarkan ianya pergi,
Sabda nabi ku pegang dan ku amati...

Nyata hadir mengembirakan ku, tak terperi,
Hasrat di semat biarpun belum di patri,
Ku berusaha kerana mu ya ilahi,
Semoga impian menjadi realiti.

Janji dan nazarku tetap diingati,
Berpegang kukuh tertulis di sanubari,
Menanti masa dan hari,
Bersama menjadi tetamu ilahi.

Rabat

Wednesday, December 21, 2005

Sisa azimat...

Hujan yang turun tak selebat tagisan hati ku,
dentuman guruh tak sehebat dentuman hati ku,
kilauan kilat tak sehebat kilauan mata ku,
Berkaca dan terus berkaca.

Walau tidak setitis air mata jatuh ke bumi,
tidak ada perubahan di raut muka ku,
hati dan dada terus sebak,
merasa diri tak bernyawa.

semalam kuraskan bagai lahir semula,
Baru semalaman kurasakan nikmat dunia,
tapi... semalaman jua mengubah dunia,
Dari cahaya ke alam gelita.

Biarpun secerbis yang ku terima,
Biarpun sisa yang dihadiahkan,
Aku tetap menerimanya...
Lebih baik dari tidak mendapat apa-apa.

Dengan sisa aku cuba bangun,
cuba hargai dan ku tatang...
umpama menatang minyak yang penuh,
Agar semangat kekal takkan berubah.

Bukan hari ini atau esok,
Bukan lusa atau tulat,
tetapi sejauh mana ku mampu...
ku akan bertahan memegangnya.

Dengan usaha dan semangat,
Berbekal hati tulus ikhlas,
Nawaitu jitu terus mengharap,
menunggu nazar bakal ku laksana.

Thursday, December 15, 2005

kejayaan...

bukan mencari mendung di pinggiran,
tidak ku terjumpa kejayaan tanpa dugaan,
sejenak mencari dalam kesulitan,
bertahun-tahun teguh tanpa halangan.

bukan senang mencari jalan,
jalan berliku berlipat-lipatan,
hati ku kecil diremuk-remukkan,
roh ku tetap mara ke hadapan.

ku tahu kau, bermati-matian,
menitis air mata, kepanasan,
menanti satu keajaiban,
tanpa usaha ia takkan kesampaian.

salji turun meredakan keadaan,
keriangan kembali disebalik keresahan,
jangan terlupa keresahan dan kepahitan,
ia takkan berundur menunggu kejayaan.

sakit sebentar senang kemudian,
risau sebentar takkan beterusan,
usaha jitu sejenak kena teruskan,
kejayaan terpahat akan berkekalan.

Sunday, December 11, 2005

kesyukuran

Kadang-kadang kita tak memahami siaperkah diri kita,
Walaupun kita tahu asal kita dari Adam,
Biarpun kadang-kadang kita tertanya-tanya,
Adakah kita besyukur dengan apa yang ada pada diri kita?

Kejadian lagit dan bumi menjadikan kita berfikir,
siaparkah pencitanya?
Fitrah manusia terus hadir walaupun cuba di tipu.
Wujudnya tuhan tak boleh lagi di tolak.

Setelah kau di lahirkan,pertama sekali yang kau dengar,
Allah hu akbar. bisikan ini di ucapkan utuk mengigatkan kau perjanjian itu.
Perjanjian sebelum kau dilahirkan.
Semoga aku tidak melangari perjanjian tersebut...

Biar siapa pun aku, aku akan bersyukur...
Biar Siang kekal selamnya aku takkan berubah...
Walaupun kadang-kadang merasakan masih tak mencukupi dengan aper yang ader.
tapi ku berdoa semoga aku akan terus bersyukur...

Saturday, December 10, 2005

Pengembaraan ke Eropah Barat... (episod 03)

Tidak ada kata yang dapat ku lafazkan selain syukur ku pada Allah. Di saat-saat hati ku bedebar-debar dan tertekan, dengan sekelip mata Allah mengubah menjadi sebaliknya. Aku terus berjalan menuju ke perhentian bas sambil tersenyum. Jika ada yang melihat kerenah ku ketika itu, sudah pasti mereka akan tertanya-tanya.

Setelah sampai di rumah aku terus mengkhabarkan berita gembira ini kepada Razizi. Dia adalah sahabt baik ku yang selalu membantu ku dalam pelajaran.Kejayaan ku adalah kejayaannya jua.Aku lihat raut mukanya gembira seperti dia turut lulus dalam peperiksaan tersebut. Nielah sahabat sejati yang sukar di cari.

Fikri juga mengucapkan tahniah kepadaku.Pada keesok harinya kami ke Stesen Keretapi Rabat Ville,untuk membeli tiket Interrail bagi perjalanan selama sebulan. Interrail mula diwujudkan pada tahun 1972 bagi menyambut sambutan ke-50 anniversary of the International Railway Union. Ia memberi peluang kepada semua warganegara eropah dan kesatuannya,Morocco dan Turki untuk menggunakan perkhidmatan tiket murah ini. Bagi rakyat asing yang mempunyai visa untuk tinggal di mana-mana negara tersebut yang melebihi 6 bulan dan telah tinggal di negara tersebut selama 6 bulan berhak untuk membeli tiket ini.(http://www.interrail.net/web/index2.php4?language=en)

Harga tiket kami berjumlah Euro420, bersamaan RM1932. Tiket ku bertarikh 23/7/2005. Ini bermakna kami ader 1 hari 1 malam untuk bertolak. Sebelum ini kami telah menjadi ahli Youth Hostel. Ini amat penting untuk mendapatkan potongan harga bagi menginap di youth hostel di sepanjang perjalanan kami. Pada petang itu aku telah pergi ke pasaraya untuk membeli roti pek kecil yang boleh tahan selama 2 bulan. Aku membeli hampir 50 bungkus. Selain itu aku juga telah membeli 3 batang Kashir, iaitu sejenis makanan yang diperbuat dari daging ayam yang berbentuk seperti sosej gergasi yang seberat 500g setiap satu. Kerana pengalama kawan-kawan ku mengatakan mereka jemu dan muak makan kashir dengan roti setiap hari, aku telah membeli sardin, tomato sos dan mayonis bagi memperbagaikan makanan supaya tidak jemu.

Kamai masih kekurangan satu perkara iaitu tilam serbaguna. Sudah puas ku mencarinya tetapi tidak ku temui. Sebagai ganti Fikri telah membeli tikar daun untuk dijadikan tempat alas sementara. Sebelum pergi seperti biasa aku akan membuat sedikit jamuan kepada kawan-kawan arab dan rumah ku. Mereka akan menghantar ku ke Stesen Keretapi Rabat Agdal. Pada petang itu aku telah membuat buger bagi menjamu mereka. Disebabkan daging buger amat mahal aku telah membeli daging kisar untuk membuat daging buger sendiri. Walaupun ini adalah kali pertama ku membuat daging buger, alhamdulillah... ianya menjadi.

Pada petang itu aku berada dalam situasi yang amat kalut kerana masih lagi tidak dapat menyusun beg ku secara teratur. Ini adalah kali ke tiga aku menyusunnya. Aku terpaksa meletakkan pekara yang perlu di atas dan yang kurang perlu du bawah. Penyusunan beg amat penting agar kita tidak mengalami kesukaran mencari barang semasa perjalanan. Beg yang dibawa tidak boleh melebihi dari 4. Beg galas kecil di hadapan, backpack di belakang, beg duit berikat pada badan dan beg pinggang. Selain backpack yang bagus, beg galas depan juga amat penting. Ini kerana beg ini akan digunakan untuk berjalan mengelilingi kawasan yang dilawati,bagi menggantikan backpack yang di simpan di locker penyimpan barang umum atau di youth hostel.

bersambung...

Saturday, November 26, 2005

Pengembaraan ke Eropah Barat... (episod 02)

Bip..bip.. jam loceng talefon berbunyi. Pukul 3.50 pagi. Subuh sudah masuk hampir 20 minit. Aku terus mengemas katil ku dan bersiap-siap untuk menunaikan solat Subuh. Setelah sesesai solat aku terus ke meja untuk mengulang kembali apa yang ku baca semalam. "Insyaallah boleh." kata ku sambil menguatkan keyakinan diri. Baru ku sedar Fikri tiada di bilik. Sudah pasti sedang mengadap computer. Biasalah cari kawan di internet. Dengan harapan boleh menumpang semasa di Eropah nanti.

Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Matahari sudah mula terbit dan bilik ku mula dibasahi cahaya. Ku melangkah ke jendela yang mengadap Laut Atlantik. Laut yang memisahkan aku dengan Benua Amarika. Dari jendela aku boleh lihat dengan jelas kapal-kapal kecil bergerak dari pesisiran pantai ke tengah lautan. Burung-burung liar terbang terapung-apung di udara. Kurasakan pagi ini amat indah dan tenang walaupun hati ku gundah-gelana,risau memikirkan soalan yang bakal ku ambil.

Peperiksaan akan bermula jam 8.30 pagi. Tepat jam 7.30 aku keluar dari rumah. "Bismillah hi tawakkal tu ala Allah, La haulawala ku wata illah billah." aku berdoa sambil melangkah kaki menyusuri tangga keluar dari rumah. Setibanya di kuliah aku terus ke dewan peperiksaan. Aku mencari tempat duduk di hadapan. Pelajar mula masuk dan pengawas peperiksaan mula mengagihkan kertas soalan. Aku berdoa agar soalan yang bakal diedarkan kena dengan apa yang telah ku baca semalam. Pengawas mengarahkan kami membuka kertas soalan dan menjawabnya. Alhamdulillah tepat jangkaan ku kali ini. Apa yang ku baca keluar semuanya.

Hampir dua jam aku menulis dan memerah otak untuk mengigat kembali apa yang telah kubaca. Setelah berpuas hati dengan jawapan ku, aku terus ke hadapan menghantarnya kepada pengawas peperiksaan. Dia bertanya ku dalam bahasa arab "kaifa imtihan?" (macam mana dengan peperiksaan?) "Suaya" (sikit-sikit), kata ku sambil tersenyum. "Ma sala ma." (selamat tinggal). Aku terus pulang keriangan kerana aku sudah bebas dari peperiksaan.

Pejam celik, pejam celik dua minggu telah berlalu. Aku mendapat khabar dari kawan ku, Ait Azrail yang menyatakan esok keputusan akan keluar, katanya semalam melalui sms. Pada keesokan harinya aku menemani Fikri ke Kedutaan Finland bagi menyerahkan passport untuk di tampal visa. Tak ramai orang di kedutaan Finland pagi ini. Ianya amat berbeza dengan kedutaan Spanyol. Kalau hendak memohon visa, jam 6 pagi orang ramai sudah mula beratur dihadapan pintu kedutaan, walaupun waktu berurusan jam 9 pagi.

Permohonan Fikri tidaklah sesusah permohonan kali pertama, kerana ini adalah kali ke dua dia memeohon visa ke Finland. Abangnya Dinar telah memberi surat jaminan beserta surat akuan wang simpanannya di Finland. Untuk mendapatkan visa tersebut, Fikri telah menghabiskan wang sebanyak DH1000 (usd 90) dia juga telah menghabiskan masa hampir satu minggu untuk mendapatkan visa. Setahu ku sebagai rakyat Malaysia, kita boleh masuk di mana-mana tempat di Eropah barat, kecuali Portugal. Manakala eropah timur adalah Bulgaria.

Setelah selesai mendapatkan visa,aku terpaksa berpisah dengan Fikri, katanya hendak berjumpa dengan kawanya. Aku terus ke kuliah untuk melihat keputusan ku. Aku telah tiba agak lewat. Keadaan di kuliah lengang. Bedebar-debarlah juga semasa mencari nama ku di papan keputusan. Akhirnya kutemui jua... Alhamdulillah aku lulus semua...

bersambung....